Sunday 31 January 2016

DATUK NICOL ANN DAVID

LATAR BELAKANG :-

Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, beliau merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Beliau mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan. Sewaktu muda, beliau paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolahnya; beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol juas mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

ANUGERAH DAN PENGHORMATAN DATUK NICOL ANN DAVID :-


Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.)sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas. Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN), yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.
Pada 19 September 2012, beliau telah dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan menyandang pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM. Majlis Pemakaian Pangkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004,di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.




No comments:

Post a Comment